Ya Rahman, perkenankanlah aku mencintaiMu sebisaku
Dengan segala kelemahan yang ada padaku"
Letakkanlah cinta Allah mendahului
cintamu pada yang lain
kerana hanya Allah yang menabur benih cinta kamu
kepada insan yang kamu cintai
Dekatilah Allah melalui solahmu
ceritakan segalanya pada Allah dalam sujudmu
Allah mendengar rintihan hatimu
Ikhlaskanlah hati mendekati Allah
bukan kerana mengharapkan pujian manusia
mahupun ganjaran dunia
Perindahkan hubunganmu denganNya
dalam tahajjudmu dinihari
perhatikanlah kata-kata Allah terhadapmu
melalui firmanNya, Al-Quran
perbanyakkan taubat dan zikirmu,
tapi bukan bermakna kita meninggalkan urusan duniawi kita
Keimanan yang kita hajatkan dalam diri kita
adalah keimanan yang mampu melawan
panggilan nafsu yang dibisiki syaitan
Bukan sekadar menjadi manusia yang tahu solah lima waktu
tapi dalam solah fikiran dan roh mengingati selain dari Allah
Kenalilah Allah, kau akan pasti menjumpai yang Allah
cukup untuk menaungi hati kita yang selalu lara
kalau syaitan yang seringkali memainkan perasaanmu
minta pada Allah agar tetapkan hati..
Hati kita milik Allah..
No comments:
Post a Comment