Hai Anak!
Sebahagian dari nasihat Rasulullah s.a.w. kepada umatnya ialah;
Sebahagian dari nasihat Rasulullah s.a.w. kepada umatnya ialah;
“Tanda bahawa Allah berpaling dari seseorang ialah
ia ‘membuang-buang waktu’ kepada barang yang tidak berguna”.
Jika seseorang hilang barang satu saat dari umurnya
dalam sesuatu yang tidak ia dijadikan Allah mengerjakannya,
patut sekalilah tak putus-putus sesalnya;
dan barangsiapa yang berumur lebh 40 tahun
sedang kebaikannya belum mengalahkan kejahatannya,
baiklah ia bersedia-sedia untuk masuk neraka.

Janganlah engkau hidup sampai kemiskinan amal
dan kehilangan kemahuan bekerja,
dan yakinlah bahawa ilmu semata-mata
tidak akan menyelamatkan orang.
Dan jika pun seratus tahun engkau duduk membaca menuntut ilmu
dan seribu buku engkau himpunkan,
tidaklah engkau bersedia menerima rahmat Allah
melainkan dengan amal jua
Firman Allah s.w.t.;
“Maka barangsiapa yang mengharap untuk menemui Tuhannya,
hendaklah ia beramal soleh” (Surah Al-Kahfi – ayat 110)
Hai Anak!
Berapa banyaknya malam tempatmu
berjaga-jaga mengulangi ilmu, membaca buku,
dan engkau haramkan tidur atas dirimu.
Aku tak tahu apa yang mendorongmu berbuat demikian.
Jika yang mendorong itu kehendak mencapai harta benda
dan kesenangan dunia dan mengejar pangkat darjat
dan mencari kelebihan atas kawan berlumba,
maka malanglah engkau, malang.
Benar sekali kata penyair;
Biarpun mengantuk menyiksa mata
Hingga pun mata menjadi buta
Akan percuma semata-mata
Jika tak kerana Tuhan semesta
Biar menangis berpilu-pilu
Walau meratap bertalu-bertalu
Hanya perbuatan seorang dungu
Oleh "yang bukan-bukan" berhati pilu
Hai Anak!
Hiduplah sebagaimana yang engkau sukai (tapi ingat!)
bahawasanya engkau akan mati,
dan cintailah siapa yang engkau sukai (tapi jangan lupa!)
bahawasanya engkau akan berpisah dengannya,
dan buatlah apa yang kehendaki (tapi ketahui!)
bahawasanya engkau akan menerima balasan setimpal dengannya

Ilmu yang tidak disertai dengan amal itu namanya gila,
dan amal yang tidak disertai ilmu itu akan sesia.
Dan ketahuilah, bahawa semata-mata ilmu sahaja
tidak akan menjauhkanmu dari maksiat di dunia ini,
dan tidak akan membawamu pada taat,
dan kelak pun di akhirat
tidak akan memeliharamu daripada neraka jahanam.

Dan apabila di waktu ini engkau tidak beramal
dan tidak engkau sesali, insafi kelalaianmu di masa lalu,
nanti di hari kiamat engkau akan berkata;
“Ya Tuhan! Kembalikan kami ke dunia,
niscaya kami akan berbuat amal soleh”.
Maka permohonanmu akan dijawab;
“Hai dungu! Bukankah engkau datang dari sana?”
Jagalah, jaga benar-benar.....
dari buku Hai Anak (Imam Ghazali)
No comments:
Post a Comment