Adakah sebegini hati yang bergelumang dengan maksiat, hati yang membenci kebaikan dan menjadi penentang kebenaran??? Busuk dan menjijikkan!!!
Firman Allah s.w.t.; "Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakit itu dan mereka di beri siksaan yang pedih kerana mendustakan kebenaran." (Al-Baqarah ayat 10)
Hati yang keras dan gelap tanpa hidayah dari Allah s.w.t.
Firman Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 22; "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. mereka yang demikian itu adalah dalam kesesatan yang nyata."
Hati yang karat diseliputi dosa-dosa.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Muthaffifiin ayat 14; "Telah berkarat hati mereka kerana dosa-dosa yang telah mereka lakukan."
Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Muthaffifiin ayat 14; "Telah berkarat hati mereka kerana dosa-dosa yang telah mereka lakukan."
Hati yang dengki membinasakan amal.
Sabda Rasulullah s.a.w.; "Sesungguhnya hasad dengki itu memakan kebaikan sepertimana api yang menjilat kayu api." (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
Sabda Rasulullah s.a.w.; "Sesungguhnya hasad dengki itu memakan kebaikan sepertimana api yang menjilat kayu api." (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
Bila Ramadhan hadir dapatkah kita membersihkan hati-hati yang sebegini??? Bagaimana agaknya hati kita sekarang? Sudahkah ia sembuh dengan zikrullah di bulan Ramadhan? Bersinarkah hati dengan ibadah solat lima waktu dan tarawih? Telah sejukkah hati dengan bersedeqah dan infaq di jalan Allah? Telah bersihkah hati daripada karat dosa dengan bacaan Al-Quran seperti hadis Nabi ;
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w. telah bersabda; Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula, katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran."

Ramadhan telah berlalu,
bagaimana agaknya hati aku? hati kamu?
dan hati-hati mereka yang beriman kepada Allah
sudah tentu hati semakin dekat kepada Allah s.w.t.
hati yang bersih dari noda dan dosa
semakin indahnya hati bertaqarub kepada Allah
bertambah ibadah dan amal kebaikan
Tetapi...
wahai hati
menangislah engkau
bila Ramadhan berlalu pergi
andai engkau tetap hati yang sama
Ummi - 6 September 2011
No comments:
Post a Comment